Tokong Cina Lama Johor Bahru
Tokong Cina Lama Johor Bahru

Tokong Cina Lama Johor Bahru

Tokong Cina Lama Johor Bahru (Bahasa Cina: 柔佛古廟; pinyin: Róufú Gǔmiào) dikenali sebagai Kuil Lama (Bahasa Cina: 古廟; pinyin: Gǔmiào) oleh penduduk tempatan, ialah sebuah tokong Cina yang terletak di Bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia . Terletak di Jalan Trus, kuil ini diapit oleh bangunan pencakar langit moden. Kuil ini merupakan satu diantara binaan tertua di bandar ini dan menjadi simbol perpaduan di kalangan lima kumpulan etnik Cina iaitu Teochew, Hoklo (Hokkien), Kantonis, Hakka dan Hainan .Pada tahun 2007, sebuah siri dokumentari yang dipanggil My Roots memaparkan kuil dalam episod "Grand March with the Deities". [1]